semua yang telah berlalu...semua yang akan berlaku.....

Saturday, January 28, 2006

Amalkanlah sunnah Rasulullah S.A.W


Doktor memulakan syarahannya dengan
membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit
sebanyak.....
"Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan".
Doktor menyuruh kita melihat
kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di
tapak tangan kita.
Garisan-garisandi tangan kiri menunjukkan angka
8 dan 1 dalam Bahasa
Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke
jumlah 81 + 18 = 99 iaitu
bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara
ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah
s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan
kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw
akan mengambil sedikit
garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah saw akan
menghisap garam itu. Kemudian barulah
Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada
mengeluarkan
3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan
kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan
kanan itu merupakan enzim
yang dapat menolong proses penghadaman
(digestion), ia merupakan the
first process of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah
sumber mineral dari tanah
yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam
dari jari kita itu adalah
sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya
bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling
berkhasiat untuk
kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah
sumber mineral, garam juga
adalah penawar yang paling mujarab bagi
keracunan, mengikut Doktor2
dihospital-hospital, the first line of treatment for
poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan
mengunyah sebanyak 40
kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul
lumat agar perut kita
senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma
Nirrahim). Membaca Basmalah
sebelum makan untuk mengelakkan penyakit.
Kerana bakteria dan racun ada
membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila
Basmalah dibaca maka
bakteria dan racun akan musnah dari sumber
makanan itu.

Cara Rasulullah minum:-
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh
tetapi ia makruh yang
menghampiri kepada haram. Jangan kita minum
dari bekas yg besar dan
jangan bernafas sedang kita minum. Kerana
apabila kita minum dari bekas
yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan
dalam proses minum itu,
kita tentu akan bernafas dan menghembuskan
nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan
mengeluarkan CO2 iaitu carbon
dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan
menjadi H2CO3, iaitu
sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu
menjadi acidic. Jangan meniup
air yang panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis.

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home