semua yang telah berlalu...semua yang akan berlaku.....

Saturday, January 28, 2006

Our prophet Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya
dengan manusia lain di muka bumi ini, namun
bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama.
Baginda mempunyai keistimewaan yang sama
sekali tidak terdapat pada manusia-manusia
biasa.
Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini,
Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan
perwatakan yang istimewa kerana padanyalah
terdapat contoh untuk diteladani.
Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah
gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin.
Rupa paras seseorang boleh membantu
menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri
seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk
anggota adalah menggambarkan tentang akal dan
akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi
Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan
yang indah dan segak, namun tidak dapat
digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di
dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran
potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun
begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh
diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para
sahabat dan tabi'in.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan
seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya
bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan
keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang
disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi
berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak
baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul
Agung di muka bumi ini.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa
meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya
secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi
mereka yang pernah melihat baginda saw:

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak
Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari
lidahnya.

Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan
merasa seolah-olah sedang melihat matahari
terbit.

Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah
sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan
bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw
jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

Rasulullah saw seumpama matahari yang
bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki
setampan Rasulullah saw.

Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya
bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ
kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu
akan terpesona

Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung
kepada bulat

Wajahnya seperti bulan purnama

Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di
tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua
kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang
panjang

Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas
kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh
misteri, kelihatan luas sekali pertama kali
melihatnya.

Mulut baginda sederhana luas dan cantik

Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun,
renggang di bahagian depan.

Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar
dari giginya

Janggutnya penuh dan tebal menawan

Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan
cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti
perak sangat indah.

Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

Rambutnya sedikit ikal

Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh
pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah
bahu tapi disisir rapi

Rambutnya terbelah di tengah

Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu
garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas
bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa

Seimbang antara kedua bahunya

Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak
tangannya , jarinya juga besar dan tersusun
dengan cantik

Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera
yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut
daripada tapak tangan Rasulullah saw.

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home