semua yang telah berlalu...semua yang akan berlaku.....

Monday, February 20, 2006

Keperibadian mulia Rasulullah turut dikagumi cendekiawan bukan Islam


KEAGUNGAN peribadi Nabi Muhammad SAW dan kebenaran ajarannya bukan hanya diakui penganut agama Islam, malah masyarakat bukan Islam.

Ramai tokoh bukan Islam menulis buku atau mencatatkan sesuatu mengenai kehebatan dan kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.Antaranya Karl Marx yang mengasaskan fahaman komunis. Fahaman komunis tidak mengaku perlunya agama kepada manusia. Namun, Karl Marx kelahiran Jerman tidak dapat menolak kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Karl Marx (1817 – 1883) dalam bukunya, al-Hayat (diterjemahkan dalam bahasa Arab) menulis: “Muhammad adalah lelaki Arab yang telah menemukan kesalahan agama Nasrani dan Yahudi, melakukan tugas yang sangat berbahaya di tengah-tengah kaum Musyrik penyembah berhala, menyeru mereka kepada agama tauhid dan menanam keyakinan terhadap keabadian roh. Maka, layak bagi kita untuk mengakui kenabiannya, dan dia adalah rasul langit untuk bumi.”Sir Herbert Spencer, ahli falsafah Inggeris, pernah mencatatkan: “Hendaklah kalian menjadikan Muhammad sebagai lambang politik agama yang tepat, dan seorang yang paling jujur dalam menerapkan sistemnya yang kudus di tengah-tengah umat manusia seluruhnya. Muhammad adalah sesuatu yang pertama yang dijelmakan dalam kejujuran yang murni, siang dan malam selalu tekun membangunkan umatnya.”Dr Wilw (1818-1889), seorang orientalis berbangsa Perancis menulis dalam karyanya, Tarikhul Khulafa, antara lain menyebut: "Muhammad layak mendapat kekaguman dan penghargaan kita sebagai reformis agung, bahkan dia patut juga diberi gelaran nabi. Kita tidak usah mendengar cerita dan pendapat orang ekstrim. Sesungguhnya Muhammad itu seorang besar dalam agama dan peribadinya. Barang siapa yang menyerangnya, jelas dia tidak mengerti dan melecehkan jasa-jasanya."Albornos Catin, dalam bukunya, Adyanul Arab, menyatakan: "Sesungguhnya keistimewaan Muhammad terletak pada kemampuannya yang menakjubkan sebagai seorang ahli politik bestari, lebih sekadar seorang nabi yang mendapat wahyu. Sekiranya antara kita tidak mengenali Muhammad, akan menjatuhkan kehormatannya, dan siapa yang melakukannya, maka dia telah berbuat aniaya terhadap dirinya dan juga terhadap Muhammad."Kenyataan itu adalah antara hakikat kebaikan dan kelebihan Nabi Muhammad SAW yang dibuat oleh bijak pandai bukan Islam. Mereka meletakkan Rasulullah SAW pada kedudukan pemimpin paling agung sepanjang zaman, yang mana tidak ada orang lain sebelum dan sesudah Baginda mengatasi kedudukannya. Cubaan memperlecehkan Nabi Muhammad SAW sebenarnya dilakukan oleh mereka yang tidak berilmu dan tidak mengkaji sejarah. Mereka hanya menyebarkan sentimen kebencian tanpa merujuk kepada fakta. Pengiktirafan yang diberikan cendiakawan bukan Islam kepada Nabi Muhammad SAW membuktikan mereka benar-benar mengkaji sirah Rasulullah SAW. Mereka menemui sesuatu yang hebat mengenai peribadi Baginda yang tidak mungkin ada pada insan lain.Tentulah satu kejayaan agung apabila Nabi Muhammad SAW berjaya mendidik masyarakat yang rosak akhlak dan peradaban kepada baik budi pekerti dan berpegang kepada agama tauhid. Masyarakat Arab jahiliah bukan sekadar menyembah berhala, malah mengamalkan cara hidup berpuak-puak, penindasan, penganiayaan terhadap wanita, kasar, percaya perkara karut, membunuh anak dan suka berperang. Masyarakat Arab jahiliah maju pada cara hidup, ekonomi tetapi muflis pada pekerti. Kelahiran Nabi Muhammad SAW memang ditunggu oleh ahli kitab di mana dalam kitab terdahulu tercatat akan lahir seorang rasul akhir zaman. Perluasan ajaran Islam dilakukan secara bijaksana. Islam tidak memaksa sesiapa memeluk Islam kerana tiada paksaan dalam beragama. Firman Allah bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya sudah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).” (Surah al-Baqarah, ayat 256).

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home