semua yang telah berlalu...semua yang akan berlaku.....

Sunday, January 29, 2006

i'm tired today...

pagi tuh, aku ngan parent aku gi jogging dekat putrajaya lake!!! best woo....n then ader activity senamrobik led by ayah.....about an hour there, we returned home.....kepenatan melewati seluruh tubuh badanku......in the middle of the day, i was given a job as a carwasher a.k.a pencuci keta...sorang satu aku cuci ngan abg aku...cuci3 sampai ke waktu Zohor........

Saturday, January 28, 2006

Our prophet Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya
dengan manusia lain di muka bumi ini, namun
bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama.
Baginda mempunyai keistimewaan yang sama
sekali tidak terdapat pada manusia-manusia
biasa.
Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini,
Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan
perwatakan yang istimewa kerana padanyalah
terdapat contoh untuk diteladani.
Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah
gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin.
Rupa paras seseorang boleh membantu
menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri
seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk
anggota adalah menggambarkan tentang akal dan
akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi
Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan
yang indah dan segak, namun tidak dapat
digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di
dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran
potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun
begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh
diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para
sahabat dan tabi'in.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan
seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya
bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan
keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang
disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi
berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak
baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul
Agung di muka bumi ini.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa
meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya
secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi
mereka yang pernah melihat baginda saw:

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak
Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari
lidahnya.

Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan
merasa seolah-olah sedang melihat matahari
terbit.

Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah
sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan
bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw
jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

Rasulullah saw seumpama matahari yang
bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki
setampan Rasulullah saw.

Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya
bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ
kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu
akan terpesona

Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung
kepada bulat

Wajahnya seperti bulan purnama

Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di
tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua
kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang
panjang

Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas
kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh
misteri, kelihatan luas sekali pertama kali
melihatnya.

Mulut baginda sederhana luas dan cantik

Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun,
renggang di bahagian depan.

Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar
dari giginya

Janggutnya penuh dan tebal menawan

Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan
cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti
perak sangat indah.

Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

Rambutnya sedikit ikal

Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh
pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah
bahu tapi disisir rapi

Rambutnya terbelah di tengah

Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu
garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas
bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa

Seimbang antara kedua bahunya

Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak
tangannya , jarinya juga besar dan tersusun
dengan cantik

Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera
yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut
daripada tapak tangan Rasulullah saw.

Amalkanlah sunnah Rasulullah S.A.W


Doktor memulakan syarahannya dengan
membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit
sebanyak.....
"Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan".
Doktor menyuruh kita melihat
kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di
tapak tangan kita.
Garisan-garisandi tangan kiri menunjukkan angka
8 dan 1 dalam Bahasa
Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke
jumlah 81 + 18 = 99 iaitu
bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara
ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah
s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan
kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw
akan mengambil sedikit
garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah saw akan
menghisap garam itu. Kemudian barulah
Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada
mengeluarkan
3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan
kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan
kanan itu merupakan enzim
yang dapat menolong proses penghadaman
(digestion), ia merupakan the
first process of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah
sumber mineral dari tanah
yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam
dari jari kita itu adalah
sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya
bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling
berkhasiat untuk
kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah
sumber mineral, garam juga
adalah penawar yang paling mujarab bagi
keracunan, mengikut Doktor2
dihospital-hospital, the first line of treatment for
poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan
mengunyah sebanyak 40
kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul
lumat agar perut kita
senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma
Nirrahim). Membaca Basmalah
sebelum makan untuk mengelakkan penyakit.
Kerana bakteria dan racun ada
membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila
Basmalah dibaca maka
bakteria dan racun akan musnah dari sumber
makanan itu.

Cara Rasulullah minum:-
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh
tetapi ia makruh yang
menghampiri kepada haram. Jangan kita minum
dari bekas yg besar dan
jangan bernafas sedang kita minum. Kerana
apabila kita minum dari bekas
yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan
dalam proses minum itu,
kita tentu akan bernafas dan menghembuskan
nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan
mengeluarkan CO2 iaitu carbon
dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan
menjadi H2CO3, iaitu
sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu
menjadi acidic. Jangan meniup
air yang panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis.

Friday, January 27, 2006

islam fact

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang
belum berkahwin yang
berzina, danmerejam sehingga mati org yg sudah
berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah
putih atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat
di daerah tulang belakang,berdekatan
dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang
belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan
beribu-ribu sel ini,manakala lelaki yang sudah
berkahwin hanya dapat
menghasilkan 10 unit sel ini sehari,kerana antara
sebabnya ialah kerana
sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami
isteri. Jadi apabila
lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana
zina hendaklah disebat
100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu
amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel
antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada
di badannya, dengan
itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.Tetapi
jika lelaki itu sudah
berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap
menghasilkan 10 unit
antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya
direjam hingga mati agar dia
tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg
disampaikan oleh Dr Jamnul
Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda
sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana,
Mudaris Iskandar

mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan
mengapa ia empat
persegi(cube). Ia terletak di posisinya sekarang
kerana setelah dibuat
kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan
Arab, didapati, tempat
terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul
di tengah bumi.
Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan
perpaduan ummah yang bergerak
maju bersama,equality and unity, tidak seperti
bentuk pyramid, dimana ia
diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang
yg berada diatas setelah ia
memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab
mengapa 4 persegi
melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali,
Hanafi dan
Syafi'i,melambangkan kebenaran keempat-empat
Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah
Jazakallah

TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN
BERGUNA.... BAGUS NI...

Wednesday, January 25, 2006

sehari je?

ler....x dan 2 hari aku gam surat, dah abis dah.....begitu lah kepantasan aku ngan member2 aku bwat keje.....hari nie, aku ditugaskan 'tuk mengemas "chamber of secret"...! "maner leh gitau kt maner?"........sebanyak 12 rak file perlu diangkat oleh officer2 muder nih..he..he..he..bukan itu saje...tapi maner la nak carik org yg bagi minum free kt kitaorang nih....kt sini, org2nyer baik2...x caya? mai la sini. kooi !!.....tu satu bab ler....yg nih paling best !!..time ni aku nak balik rumah dah kol 2 ptg......aku naik la satu bas tuh ngan An... bas tu lalu kt Pr. 8...tapi, dier kater lambat sket !!! x pe arr...aku x kesah....rupa2 nyer...korang nak tau! bas tu round satu putrajaya dulu, pastu baru singgah kt pr. 8...kalo ikutkan skejap jer nak sampai rumah aku...lebih kurang 5-10 minit ke rumah aku....tapi this time, 1 hr aku round kt pJ tuh....bukan nyer mahal pn...just 50 cent ....bygkanlah korang pegi melancong kt pJ ni hanya ngan 50 cent ......mmg best la....dpt melancong free tgk2 bangunan kt pJ nih.......[paih maghrib nih nak kuar mkn...coz adik aku nyer kwn datang....so parent aku ajak family diorang kuar....aku pon musti ikut...maner leh tahan woi kalo org dah offer makan!! rezeki !! jgn ditolak!! MESTI DI DOUBLE KAN?

Tuesday, January 24, 2006

tukar tempat keje le plak.....

hari ni hari keje aku yang best coz... aku x perlu lagi ke blok E2....keje aku dekat jer ngan tempat punch card kt E12.....nak balik pon cepat....keje pon bukan yg dulu lagi.....aku dah x bwat rekod2 file....skrang nie, aku boh gam kat surat jer....kan senang keje tuh..? lepaih nie, x tau lagi keje per aku kena bwat !!!!....huhuh......[time ni tgh dengar lagu korea mende per ntah]

Sunday, January 22, 2006

today and today

pagi nie, mak ngan ayah hantar abang gi matriX kt N9........ajm ngan ana tinggal kat rumah....penat !! semalam pegi pasar malam kat puncak alam....[ajm sorang je la]....x tau lagi biler mak ngan ayah balik....esok dah nak start keje plak...boring, x tau nak buat aper !!! ------[time nie dok tgh dengar lagu wake up by hilary duff]

Saturday, January 21, 2006

daily routine

cam besa arr...pagi nie...ayah ngan mak bawak family gi breakfast kat Precinct 11....
menu biaser jer..roti canai n teh tarik...kuah roti manis sangat...tapi, aku bantai jer...perut kata line clear, aku ngap jer suma benda...

Friday, January 20, 2006

today's work...........

hari nie aku dah rekod 11 bundle file......boh dlm kotak n susun kotak....x sabar rasernyer nak tunggu file2 tuh abis di record...dlm 3-4 hari mgkn boleh abis....lepaih ni, keje menaip plak ler aku buat....nak key-in suma file2 tuh..

Thursday, January 19, 2006

biostudent

Biomechanical Intelligent Organism Skilled in Thorough Utility, Dangerous Exploration and Nocturnal Troubleshooting

azam

Artificial Zealous Assassination Machine

biocyborg


Versatile Robotic Soldier Trained for Ultimate Destruction, Exploration and Nocturnal Troubleshooting

Wednesday, January 18, 2006

5 scienCe 1 -05-


guru kelas : pn. nor adilashila [bio-teacher]

[from left]

:: bottom :
nad kem, mashitah, azila, pa'in, paan, razeen, ashraf, Qaliff
:: center :
danial, hakim, anis, zulaikha, rohani, sarves, fatin, hasni, p' nut, mel, fayardh
:: top :
gg, pak leh, pak wan, tom, daus, red mid, haniff, me, kedok, shiham, omaq, idan

optiMa batcH ~01-05~ - unforgettable moment


> ini lah bakal peneraju dunia pada masa akan datang...
> bakal pelajar-pelajar cemerlang spm 2005...................

[oPtiMa 0105]

berwaspadalah ketika anda menunaikan solat...

Assalamualaikum......petikan ini aku amik from my optima frenz ....

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam.

Tuesday, January 17, 2006

grab this opportunity ~~now in penang~~


star education fair 2006 kini di Penang.....
datanglah beramai2 pada 17 & 18 feb '06.....

Monday, January 16, 2006

first day of my life















buat pertama kalinya... aku gi keje....hehe... best gak arr... tp keje kt kementerian pelajaran malaysia.....nampak je bergaya...sebenarnya..buat rekod² file ja.....tapi kire bersyukur gak la dpt keje....thankz to anhar & family....fuh..baru ja start hari ni...tapi dah sesengal sendi2....sakit paler pon ader gak...tiap2 hari, kene bjalan jauh....sbb nak punch kat.....bgnan lain2.....punch kt parcel E12..gi keje kt parcel E2.....kali ptamer kat situ pening gak aar...coz byk sgt pintu...silap2 masuk tandas plak...hehehe..tapi seb baik la x jadik kt aku...kalo jadik malu betoi !! aku keje shift pagi....gaji? mmm...tu secretla, maner leh gitau.....tapi ok gak aar jumlah dier......boley la nak idup time2 nih....kalo aku dah sesuai ngan keje nih, mgk akan berlanjutan smpai a result spm kuar !!! adoi!!! penatnyer keje rupanyer yek....nw at least dpt byk experient gak......Ya Allah Ya Hudaiya....give me the strength while doing my job......gambar ini sekadar hiasan ja....

Sunday, January 15, 2006

qaisy n laila...citer best gak aa..

time citer ni kuar kt Mlesia...aku wat dek jer...dok ingat boring..sbb slaloonya citer² cam nih..jln citer nyer suma same jer....however, everything has changed right after i watched the film.....sgt mengharukan....filem ni mengisahkan tentang sorang pompuan [siti nurlaila] yg nak jadi volunteer untuk misi kt Afghanistan..kt situ she learned many things about life....mmmm bagus citer ni......sebaik shj aku tgk citer ni..semangat aku utk Agama, bangsa dan negara semakin berkobar-kobar sehingga x dapat digambarkan melalui kalam....fuh hampir nak terburai pembuluh darahku hingga dapat ku rasakan...eritrosit-eritrositku berpusu-pusu keluar membasahi abdomen ku....tatkala jantung masih menjalankan tugasannya tanpa henti²...oksigen berebut-rebut menembusi kecekalan kapilari ...tapi apakan daya, tidak dapat ku elak...sempat segerombolan oksigen menagih simpati hemoglobin......bahkan....bukan itu saja...kejadian ini telah menyebabkan CO2 patah hati...lalu menaiki kenderaannya ke untuk kembali ke tanah air......alhamdulillah aku masih bernyawa lagi..syukur kepada Allah Yang Maha Esa [ kesimpulannya x rugi tengok citer QAISY AND LAILA]...sebuah filem yg hebat...dapat menginsafkan diri manusia yg begitu rakus dengan keduniaan...

The Application of Knowledge on Mitosis in Cloning

Do you know that in nature, cloning is a natural process? Many unicellular organisms and plants can reproduce asexually through mitosis to produce clones. For example, some unicellular organisms undergo building and binary fission to produce new organisms while some plants reproduce vegetatively through stems, roots and leaves. The clones share the same genetic content and chromosomal number with one another as well as with the parent organism. Cloning is the process of producing clones or genetically identical organisms through asexual reproduction. The cloning process is not new. In fact, farmers have long performed cloning in plants by making stem cuttings, leaf cuttings, layering and grafting. The knowledge of mitosis is also applied in another technique of cloning known as tissue culture. Tissue culture is the growth of tissues of living organisms in a suitable and sterile culture medium, containing nutrients and growth hormones. Whole plants can be cultured asexually from small pieces of tissue (explants) taken from the parent plant. Plant cells divide by mitosis to form a callus, an undifferentiated mass of tissue. Cells in the callus develop into embryos and later into plantlets. Plantlets are then transferred to the soil where they grow into adult plants. Different parts of plants can be cultured, for example, meristematic tissues, young shoots, leaves, roots, seeds, embryos and protoplasm.

education fair 2006, jan 7-8


education fair 2006 ni di bawah anjuran the star paper....
news ni aku dapat tau pagi tadi ja....[from my bro.]...tgh hari tadi, aku ngan parent aku gi la kat KL convention centre.....mak ooi..penat nak mampus jalan dr...klcc ke tmp tuh...seb baik ader jalan berbumbung....kalau dak, pakat x gi la aku....actually...exhibition ni cam yg lain gak....semuanya dok promosi U masing²...cam2 U involve kt Convention centre tuh.....antaranya...mm..UTM, USM....private college n U ader gak....tapi...yg gi kat pameran tuh byk dari bangsa cina......di mana bangsa melayu yg lain, aku pon x tau......lagipon aku gi sat ja...dlm 3 jam ja...mgk mereka gi waktu lain....dlm byk2 yang dok promosi tuh....aku tertarik gak la ngan bidang.....aeronautik....aerospace...microbiology....n etc³......nak citer suma takut ampa suma x larat nak baca....tapi memang besh la gi kat situ....7 & 8 jan ja....bagi yg dok jauh dr KL tuh, nak wat camna kan...ada byk lagi mende cam nih kt tempat ampa...tempat sungguh crowded ngan org la...student dr pelbagai level...educational fair ni ada terbahagi 2.....satu yg exhibition tuh...n satu lagi ttg career talk...[kot2 parent or student nk discuss something ttg future ka apa ka..]....kesimpulannya aktiviti hari ni mmg besh aa....aku sapu ja suma brochure yg depa provide tuh....[penuh satu plastic bag- mcm bawak bag rottering ja]....kalau tambah sket ja selai kertas seberat 24.6 mg, sure putus jari-jemari aku nih....pengalaman hari ini memang menyeronokkan...tatkala keletihan, maka dibelinya ticket ke KL Central, maka bertolak lah pulang ke hometownku di putrajaya....hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...kesimpulannya hujan asid kt bumi Malaysia akibat kerakusan manusia....[mm dah start menghapu dah ni]...hmmm that's all for today, tomorrow n yesterday....