semua yang telah berlalu...semua yang akan berlaku.....

Wednesday, February 22, 2006

akhir zaman

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia". Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan. Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak silap saya). Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja. baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi. Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim- pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam." Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati. 1942. kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu. Macamana benda ni boleh terjadi? Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, GLORY. Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian. Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih? Orang kita panggil, gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu. Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi ". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik. Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya. Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.." Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak..., Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Monday, February 20, 2006

Keperibadian mulia Rasulullah turut dikagumi cendekiawan bukan Islam


KEAGUNGAN peribadi Nabi Muhammad SAW dan kebenaran ajarannya bukan hanya diakui penganut agama Islam, malah masyarakat bukan Islam.

Ramai tokoh bukan Islam menulis buku atau mencatatkan sesuatu mengenai kehebatan dan kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.Antaranya Karl Marx yang mengasaskan fahaman komunis. Fahaman komunis tidak mengaku perlunya agama kepada manusia. Namun, Karl Marx kelahiran Jerman tidak dapat menolak kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Karl Marx (1817 – 1883) dalam bukunya, al-Hayat (diterjemahkan dalam bahasa Arab) menulis: “Muhammad adalah lelaki Arab yang telah menemukan kesalahan agama Nasrani dan Yahudi, melakukan tugas yang sangat berbahaya di tengah-tengah kaum Musyrik penyembah berhala, menyeru mereka kepada agama tauhid dan menanam keyakinan terhadap keabadian roh. Maka, layak bagi kita untuk mengakui kenabiannya, dan dia adalah rasul langit untuk bumi.”Sir Herbert Spencer, ahli falsafah Inggeris, pernah mencatatkan: “Hendaklah kalian menjadikan Muhammad sebagai lambang politik agama yang tepat, dan seorang yang paling jujur dalam menerapkan sistemnya yang kudus di tengah-tengah umat manusia seluruhnya. Muhammad adalah sesuatu yang pertama yang dijelmakan dalam kejujuran yang murni, siang dan malam selalu tekun membangunkan umatnya.”Dr Wilw (1818-1889), seorang orientalis berbangsa Perancis menulis dalam karyanya, Tarikhul Khulafa, antara lain menyebut: "Muhammad layak mendapat kekaguman dan penghargaan kita sebagai reformis agung, bahkan dia patut juga diberi gelaran nabi. Kita tidak usah mendengar cerita dan pendapat orang ekstrim. Sesungguhnya Muhammad itu seorang besar dalam agama dan peribadinya. Barang siapa yang menyerangnya, jelas dia tidak mengerti dan melecehkan jasa-jasanya."Albornos Catin, dalam bukunya, Adyanul Arab, menyatakan: "Sesungguhnya keistimewaan Muhammad terletak pada kemampuannya yang menakjubkan sebagai seorang ahli politik bestari, lebih sekadar seorang nabi yang mendapat wahyu. Sekiranya antara kita tidak mengenali Muhammad, akan menjatuhkan kehormatannya, dan siapa yang melakukannya, maka dia telah berbuat aniaya terhadap dirinya dan juga terhadap Muhammad."Kenyataan itu adalah antara hakikat kebaikan dan kelebihan Nabi Muhammad SAW yang dibuat oleh bijak pandai bukan Islam. Mereka meletakkan Rasulullah SAW pada kedudukan pemimpin paling agung sepanjang zaman, yang mana tidak ada orang lain sebelum dan sesudah Baginda mengatasi kedudukannya. Cubaan memperlecehkan Nabi Muhammad SAW sebenarnya dilakukan oleh mereka yang tidak berilmu dan tidak mengkaji sejarah. Mereka hanya menyebarkan sentimen kebencian tanpa merujuk kepada fakta. Pengiktirafan yang diberikan cendiakawan bukan Islam kepada Nabi Muhammad SAW membuktikan mereka benar-benar mengkaji sirah Rasulullah SAW. Mereka menemui sesuatu yang hebat mengenai peribadi Baginda yang tidak mungkin ada pada insan lain.Tentulah satu kejayaan agung apabila Nabi Muhammad SAW berjaya mendidik masyarakat yang rosak akhlak dan peradaban kepada baik budi pekerti dan berpegang kepada agama tauhid. Masyarakat Arab jahiliah bukan sekadar menyembah berhala, malah mengamalkan cara hidup berpuak-puak, penindasan, penganiayaan terhadap wanita, kasar, percaya perkara karut, membunuh anak dan suka berperang. Masyarakat Arab jahiliah maju pada cara hidup, ekonomi tetapi muflis pada pekerti. Kelahiran Nabi Muhammad SAW memang ditunggu oleh ahli kitab di mana dalam kitab terdahulu tercatat akan lahir seorang rasul akhir zaman. Perluasan ajaran Islam dilakukan secara bijaksana. Islam tidak memaksa sesiapa memeluk Islam kerana tiada paksaan dalam beragama. Firman Allah bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya sudah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).” (Surah al-Baqarah, ayat 256).

Sunday, February 19, 2006

weather forecast

hari ni langit kelihatan cerah dan cuaca di putrajaya ni begitu nyaman........
x mcm hari2 sblm nya...hujan lebat, followed by thunderstorm...
best aar hari ni..

Saturday, February 18, 2006

OST Dealova - Once


aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

Tuesday, February 14, 2006

waa dah seminggu dah...

makan tido makan tido makan tido ....dah seminggu dah aku x post article.....hehe....smalam dpt gaji woo...ni yg smangat nak keje nih..

Tuesday, February 07, 2006


tadi time keje tadi.....aku telah melipat sebanyak 193 surat penjamin 1 & 2, 224 surat peminjam.....penat urat2 saraf...keje x henti2 dari jam 0830 - 1400.....time rehat makan soto ngan air suam jer,,, pastu..petang tadi mak amik dr office, terus ke PJH tower..sbb nak amik atm card....pastu balik rumah...

Sunday, February 05, 2006

Seri Gemilang Bridge



this bridge connects the core island to the PICC....

Alam Warisan, Putrajaya


projek alam warisan ni aku rasa dah bermula dah...mungkin untuk commercial nyer project kot.....lokasi projek Alam Warisan nih kt Precinct 5....dekat PICC tuh..tapi x la setepat² sgt kot lokasi dia...dengar nama pon dah best dah..x tau lagi untuk apa projek tu

Thursday, February 02, 2006

nothing special today...........

petang tadi gunting rambut, coz esok keje.....x best waa....ajm sorang ja keje, yg lain x lagi.........tapi, yg penting tuh, gaji in woo....pkol 7 mlm tadi, aku tgk Xtreme engineering : ttg city in pyramid kt Jepun... best giler.....kalo buat comparison, the pyramid's size can fix 55 size pyramid kat Giza....and it will be the largest building ever built in the world.......and the project soon will decrease the tokyo capacity yg skarang nih 'sesak'......tokyo is the most crowded people in the world.....

Wednesday, February 01, 2006

the last two days activity with family...

isnin, january 30 - '06
pagi cam besa.....untuk memenuhi ruang masa yg berfaedah, my family went to the most beautiful place in putrajaya......Masjid Putra tersergam indah menunjukkan sifat keapungannya di pentas putrajaya lake....di situ, ayah parking keta.....setapak langkah mara ke hadapan !! 5 ahli yang cemerlang mengorak langkah to begin the journey......x ramai org yang melalui denai2 yg kami lalu....aku yakin! kami berlima berjalan menghayati keindahan flora dan fauna, meredah denai2 di sekeliling tasik.....kami bergerak dari masjid yg berada di Presint 2 hingga ke kompleks2 kerajaan di presint 1, begitu jauh perjalanan yg tidak melibatkan roda2 keta, bahkan mengaplikasikan seluruh sistem2 organ di dalam badan manusia...di situ, aku ingin mengenalpasti di manakah monorail station.....tapi s siap lagi la....kalo siap baru aku nak naik!!.....selama beberapa jam berjalan, kami pulang ke tempat parking keta....di masjid Putra.....dah tuh...start engine and balik !!!.....
selasa, january 31 - '06
pagi ni special sket....coz activity for today is.............melawat putrajaya wetland....ada tempat observation dui satu tempat tinggi....boleh tgk di sekitar kawasan......best di sini...mcm rasa tgh shooting for national geographic.......hehe, tapi byk x complete lagi...tunggulah nanti!!! ada satu babak yg best iaitu.....terserempak ngan 'baby snake' sewaktu berada si satu pondok......panjang x panjang sgt, cuma sejengkal dari hand wrist ke middle finger....tapi mnatang tuh x nampak bergerak pon......kaler hitam bak jalan raya !!!...antara fauna yg sempat aku perhatikan adalah, dari spesies tupai kot, burung helang, serangga, flamingo, mandarin duck [cari x jumpa kt kolam]........perhatian, kt sini x macam zoo-semuanya dlm kurungan......kt putrajaya wetland nih x dak ler kurungan....sumanya real life....nasib baik x terserempak ngan python..cuma jumpa baby dier... so berhati-hatilah di sini...x la bahaya sgt...
rabu, january 1 - '06
today's activity? bersih house surrounding......collect the dead leaves and send them to Alam Flora[maybe some people do not know this]......mak bwat nasi lemak.......lepas makan, kami start kerja.....sapu2 laman rumah, buang sampah, potong dahan pokok[sket2 ja]....suma berganding bahu menggerakkan jentera masing2.....ni semuaorang sedang kepenatan...nak rehat.....ni pon sambil dengar lagu DUNIA BATINKU..